Konsortium Jaringan Sejagat
Konsortium Jaringan Sejagat

Konsortium Jaringan Sejagat

Konsortium Jaringan Sejagat (Bahasa Inggeris: World Wide Web Consortium), boleh disingkatkan kepada W3C, merupakan pertubuhan piawaian utama antarabangsa bagi Jaringan Sejagat (singkatan WWW atau W3). Ia disusun sebagai satu konsortium di mana ahli organisasi mengekalkan kakitangan sepenuh masa untuk tujuan bekerja bersama-sama di dalam pembangunan kepiawaian bagi W3. Sehingga Mac 2007, W3C mempunyai 441 ahli. Ia biasanya terbuka kepada pertubuhan baru untuk turut serta.W3C juga melibatkan diri di dalam pendidikan dan pencapaian, membangunkan perisian dan berkhidmat sebagai satu forum terbuka untuk perbincangan mengenai Web. W3C diketuai oleh Sir Tim Berners-Lee, pencipta laman web pertama dan pengarang utama bagi URL (Uniform Resource Locator), HTTP (HyperText Transfer Protocol) dan HTML (HyperText Markup Language) spesifikasi yang asal, teknologi asas yang membentuk asas bagi WWW.

Konsortium Jaringan Sejagat

Tujuan Membangun protokol dan garis panduan yang memastikan pertumbuhan jangka panjang untuk Web.
Director Tim Berners-Lee
Koordinat 42°21′43.4″N 71°05′27.0″W / 42.362056°N 71.090833°W / 42.362056; -71.090833Koordinat: 42°21′43.4″N 71°05′27.0″W / 42.362056°N 71.090833°W / 42.362056; -71.090833
Pembentukan 1 Oktober 1994; 25 tahun yang lalu (1994-10-01)
Lokasi
Ibu pejabat Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat
Kawasan berkhidmat Dunia
Laman sesawang www.w3.org
Moto Leading the Web to Its Full Potential
Kependekan W3C
Ahli 446 ahli pertubuhan[2]
Kakitangan 63
Jenis Pertubuhan piawai